CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 March 2012

Komunikasi hambar, perkahwinan bubar...

Bercakap itu penting bg suami isteri. Diam itu merbahaya krn boleh jadi anda berdua sedang mengumpulkan rasa tidak puas hati satu sama lain dlm diam. Org kata diam itu emas, namun ia tidak boleh diaplikasikn dlm perkahwinan. Bercakap pun bukan bertujuan menggugut, mengancam, menuduh, menghina dan memprovokasi pasangan. Bahkan disebabkan mahu menutupi kelemahan dan kesilapan sendiri, suami sanggup memarahi isteri atau sebaliknya....
Gelombang perkahwinan itu mendewasakan dua manusia. Mereka belajar menahan diri jika emosi cuba mengungguli realiti. Biasanya semakin tua usia perkahwinan semakin kenal seseorg itu kpd pasangannya. Ke mana arah angin suami bertiup, angin marah atau manja, angin mesra atau derita. Semua sikap dan gerak-geri suami dgn mudah dihidu oleh isteri. Jika anda blom faham sikap dan tabiat suami setelah berpuluh tahun kahwin, mmg pelik jika anda masih bertahan bersamanya.

Ikat Hati dgn tali Allah
Masa yg di lalui bukan hanya utk bsantai shj bahkan utk pengisian yg serius pun wajar seorg suami melibatkan isterinya, spt solat, mbaca Al Quran, dan mengikuti ceramah bersama. Kalau percutian mewah x mampu memujuk hati anda berdua utk bdamai, takkan solat pun x mampu memadamkan nafsu amarah sebegitu? Takkanlah berumrah pun tak mampu meluluhkan kebekuan hati?


Doakan Pasangan
Anda terlalu sedih melihat suami yg tidak mahu berubah? Rasa putus asa dan menyerah kalah seterusnya memilih hidup sendiri tanpa pedulikan suami lagi. Mungkin segala daya sudah anda cuba hanya satu yg blom sempurna, iaitu kurang yakin saat berdoa.
Doa yg ikhlas mampu menggoreskan hati menjadi sayu, mengalirkan air mata krn terlalu terharu, menggoncangkan dada yg hampir pecah oleh kesedihan. Semata-mata mahu di dengar Allah SWT yg sesungguhnya MAHA MENDENGAR. Tangan yg menghulur jauh sambil digoncangkan sekuat hati utk dikabulkan seraya mengulang2 permintaan: Ya Allah kasihanilah aku, kasihanilah org yg aku kasihi, kasihanilah kami berdua....
Doa yg sebegini ringkas dan mudah ttp dilafazkan saat hening mlm amatlah berkesan dlm jiwa org yg buntu. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda yg bermaksud: Doa seorg muslim utk saudaranya yg ghaib (yg tidak tahu sedang didoakan) adalah mustajab.

Tuliskan Nota Sayang
Kadang2 susah utk meluahkan apa yg terbuku d hati, mengapa tak uba tulisknnya? Dlm mesej ringkas d Hp juga berbaloi jika anda tuliskan nya dgn IKHLAS... Bertanya khabar suami yg sdg sibuk tanpa niat menyangka buruk dgn kata2 yg manis cukup menyentuh perasaan suami. Jgn langsung x ambil peduli, nnt kalau ada seseorg ambil berat tentang suami, baru lah nk cemburu.
Bg suami yg terlampau sibuk jgn di harap sgt dia menegur isteri , sedangkan makan minum dia pun x sempat. Kalau suami lupa hari lahir isteri itu biasa sb fikirannya celaru dgn kerja2 yg berat. Tanggungjwp suami lebih berat d luar rumah selalunya isteri yg lebih prihatin tentang keadaan suami. Tak kerap bersama tak mengapa, jgn terputus hubungan menghantar mesej atau telefon terus utk memastikan nota2 cinta itu masih hangat.

Bercakap niatkan kerana Allah SWT
"Siapakah yg lebih baik perkataan nya drp seseorg yg mengajak ke jln Allah?"
Apa saja yg anda katakan kpd suami, pastikn ianya perkataan yg baik belaka. Kata2 yg boleh mendinginkn hatinya ketika panas terbakar marah, yang mengubat penyakitnya ketika gelisah, sedih dan putus asa.
Jika komunikasi itu hangat dgn cara mengumpat org, sungguh ia punca maksiat yg membuat anda dan suami bermasalah. Mulakanlah bercakap krn Allahdgn berhati2 memegang lidah yg tajam itu supaya tidak ada yg dillukai.
Sebelum anda memulakan kata utk menghangat kn kembali komunikasi dgn suami, bukankah elok lagi anda cuba hangatkn hubungan antara anda dgn tuhan dulu? Supaya kata2 yg keluar dari lidah kita bersih drp sebarang kejahatan dan kesilapan.

Petikan dr Majalah Mingguan Wanita
dari Dr. Haji Juanda Bin Haji Jaya
Perunding Undang2 Keluarga Islam

2 comments:

Anonymous said...

dalam pengertiannya..

Suzira Tan Sulaiman said...

dalam pengertiannya... selalu2 lah berkomunikasi dgn org2 d rumah, isteri dan anak2...

Post a Comment