CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 March 2012

The new iPad

“The New iPad” : 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

On March 9, 2012, in AdminiPad, by Shibli Nuqman

http://technabob.com/blog/wp-content/uploads/2012/03/030712_new_ipad_1.jpg

Oleh : Shibli Nuqman

Baguskah “The New iPad” ini? Berbaloikah untuk anda membelinya? Apple baru sahaja menunjukkan tablet generasi ketiga mereka yang dinamakan “The New iPad”. Kenapa bukan iPad3? Kenapa bukan iPadHD? Phil Schiller memberitahu dalam satu temubual bersama Wall Street Journal bahawa mereka tidak mahu Apple menjadi “predictable” dan melakukan pembaharuan. Walau apa pun nama yang diberikan, sudah tentu ramai pencinta teknologi seluruh dunia mahu memiliki iPad baru ini bukan?

Terdapat banyak peningkatan di dalam iPad generasi ketiga ini. Ada yang ketara (Retina Display, Camera) dan ada yang biasa dan tidak diberitahu dalam keynote (Bluetooth 4.0, Battery).

Masih banyak yang boleh diperbaiki sebelum Apple membawa iPad ke suatu tahap yang lebih jauh. Sebab itu lah The New iPad ini masih mengekalkan design yang hampir sama dengan iPad2 dan bukannya design baru dan mempunyai apa apa inovasi baru yang mengejutkan. Apple juga mengekalkan harga yang sama dengan iPad2 iaitu bermula dari Rm1499 walaupun mempunyai skrin, kamera dan cip pemprosesan yang lebih hebat.

Berbaloikah untuk membeli The New iPad? Atau beli sahaja iPad2 yang kini lebih murah dengan harga dari Rm1199? Mari kita tengok apa yang ada pada The New iPad ini.
http://store.storeimages.cdn-apple.com/2416/as-images.apple.com/is/image/AppleInc/ipad2012-step0-ipad-gallery-02-normal?wid=520&hei=410&fmt=png-alpha&qlt=95
1. Retina Display
Satu perkara yang paling hebat dalam iPad baru ini adalah Skrin beresolusi ultra-tinggi yang dinamakan Retina Display oleh Apple. iPad ini mempunyai resolusi 2048×1536, dimana pixel yang dimuatkan di dalam iPad ini lebih banyak dari HDTV 50inci di rumah anda yang hanya mempunyai resolusi 1920×1080. Apple mengatakan color-saturation untuk skrin ini 44% lebih cantik berbanding iPad2. Semuanya cantik dan tajam, gambar jauh lebih cantik, tulisan dan huruf tajam seperti membaca pada majalah. Apple dengan bangga mengatakan skrin ini adalah skrin mobile device yang terbaik di dunia dan jika dilihat pada Retina Display  iPhone4 dan 4S sebelum ini, ia memang benar.

http://blogs.reuters.com/mediafile//files/2012/03/cr_mega_203_a5x.jpg
2. A5X Processor
Dengan skrin yang mempunyai jutaan pixels, Apple memerlukan cip pemprosesan dan grafik yang lebih berkuasa untuk memastikan penggunaan iPad sentiasa laju dan smooth seperti iPad generasi sebelumnya. The New iPad ini memuatkan cip-pemprosesan yang lebih berkuasa berbanding iPad2 dinamakan A5X processor. Ia mempunyai cip-pemprosesan dwi-teras (dual-core) dan grafik empat-teras (quad-core). Games dan apps sudah pasti lebih laju, cantik dan tajam.

http://9to5mac.files.wordpress.com/2012/03/screen-shot-2012-03-07-at-2-38-05-pm.png?w=657&h=482
3. iSight Camera
Disebabkan kamera iPad2 mempunyai kualiti yang tidak memuaskan, Apple meletakkan kamera HD 5 megapixel di dalam iPad generasi baru ini. Apple menggunakan teknologi yang sama digunakan pada iPhone4S sebelum ini. Mempunyai backside-illuminated censor untuk gambar yang cantik di dalam keadaan gelap dan kurang cahaya, aperture f/2.4 yang besar dan auto-stabilization untuk gambar dan video yang lebih stabil dan cantik. iPad baru juga kini merakam video HD penuh dengan kualiti 1080p. Walaubagaimanapun, kamera depan mempunyai kualiti yang sama dengan iPad2, digunakan untuk Facetime video call dan bermain dengan Photobooth.

http://media.gizmodo.co.uk/wp-content/uploads/2012/03/iPadLTE1.jpg
4. 4G LTE
iPad generasi baru kini boleh menggunakan 4G berbanding hanya 3G pada iPad2. 4G mempunyai internet yang lebih pantas berbanding 3G dimana kelajuannya boleh mencapai 73MBPS. Tetapi, Malaysia masih belum mempunyai 4G sepenuhnya, dan kita harapkan Maxis, Celcom dan Digi menawarkan 4G untuk semua pengguna tidak lama lagi. Walaupun kita masih belum mempunyai 4G, tidak ada masalah untuk kita menggunakan iPad baru ini kerana ianya tetap boleh digunakan dengan 3G.

http://images.macworld.com/images/article/2012/03/dictation2_606-274067.jpg
5. Dictation
Tiada SIRI di dalam iPad baru, tetapi Apple masih memuatkan teknologi pengesan suara yang dipanggil Dictation. Apple menambah satu button pada keyboard iPad seperti gambar di atas. Apabila menekan button tersebut, anda hanya perlu bercakap (english) dan iPad akan menulis dengan sendirinya apa yang anda cakapkan tersebut. Dictation ini boleh digunakan untuk menghantar iMessage, menulis email, search web dan menulis note. Apple mengatakan Dictation juga boleh digunakan dengan third party apps, jadi anda boleh juga gunakan Dictation untuk Facebook, Tweet dan sebagainya.

http://www.geeky-gadgets.com/wp-content/uploads/2011/06/airplay-ipad-2.jpg
6. 1080p HD Airplay Video Streaming
Setelah Apple mengumumkan iTunes Movies kini HD penuh 1080p, iPad generasi baru juga dapat menggunakan video streaming dan Airplay HD penuh 1080p berbanding hanya 720p sebelum ini. Bukan setakat menonton movie/video/gambar, games juga boleh dimainkan di skrin tv rumah anda. Best bukan? Tak perlu kabel HDMI, semuanya wireless. Tetapi anda memerlukan Apple TV yang berharga Rm300++ untuk menggunakan Airplay ini di rumah anda.

http://i-cdn.phonearena.com/images/articles/55933-image/ipad-3-bluetooth.jpg
7. Bluetooth 4.0
Teknologi Bluetooth 4.0 terbaru di dalam iPad baru ini dapat membantu anda dalam beberapa perkara. Penggunaan bateri dan tenaganya sangat rendah, anda boleh gunakan aksesori seperti wireless keyboard dan wireless headphone tanpa mengecasnya berbulan-bulan atau sehingga bertahun. Bluetooth 4.0 juga dapat digunakan dengan peralatan medical/perubatan kepada yang memerlukan.

http://cdn.cbsi.com.au/story_media/339333275/ipad-battery-life_1.jpg
8. Battery
Dengan kesemua benda yang baru di dalam iPad ini, terutamanya Retina Display dan A5X processor Quad-Core Graphics yang sudah tentu menggunakan bateri dengan sangat banyak, Apple masih berjaya mengekalkan baterinya 10jam dengan penggunaan yang banyak. Ini berjaya dicapai kerana Apple menggunakan bateri baru, yang mempunyai 42.5 watt-hours, dua kali lebih kuasa berbanding bateri 25 watt-hours pada iPad2. Lebih daripada separuh di dalam body iPad baru ini adalah baterinya sahaja, lebih besar berbanding iPad2. Bateri ini dapat bertahan 9jam jika anda menggunakan 4G. Bateri yang tahan lama adalah salah satu sebab ramai pengguna memilih iPad berbanding laptop.

http://img.hexus.net/v2/lowe/News/Apple/new_ipad_hero_back.jpg
9. Thicker Design
Dengan semua benda baru seperti Retina Display, Cip 4G, Bateri yang lebih besar dan sebagainya, iPad baru ini sebenarnya sedikit lebih tebal berbanding iPad2. iPad baru mempunyai ketebalan 9.4mm berbanding 8.8mm pada iPad2. iPad baru juga sedikit lebih berat. Walaupun begitu, kebanyakan aksesori iPad2 termasuk Smart Covers masih boleh digunakan pada iPad baru ini tanpa masalah. Menariknya, Apple sanggup mengorbankan design dan ketebalan iPad baru ini, walaupun sedikit, untuk memastikan skrin dan performance yang hebat dan mantap.

http://img.gawkerassets.com/img/17fqb1b1ay6sajpg/xlarge.jpg
10. iLife
Salah satu perkara yang dimiliki oleh Apple dan iPad tetapi tidak dimiliki oleh semua saingan lain adalah apps yang hebat dan berkualiti. Kini, iPad, sama seperti Mac, sudah mempunyai semua apps yang terdapat di dalam pakej iLife iaitu iWork (Microsoft Office versi Mac), iMovie (Untuk mengedit video), Garageband (Untuk mengedit dan bermain alat musik), dan yang terbaru iaitu iPhoto (Menyusun album dan mengedit gambar pro). Jika anda melihat video keynote pelancaran The New iPad ini, anda akan dapat lihat betapa hebatnya aplikasi aplikasi ini digunakan pada iPad. Boleh search dan lihat sendiri di Youtube.

Jadi, berbaloikah untuk anda membeli The New iPad ini? Jika anda masih tidak mempunyai iPad dan menggunakan tablet jenama lain, The New iPad memang patut dimiliki oleh anda. Skrin, prestasi dan apps nya jauh meninggalkan tablet tablet saingan. Jika anda sudah memiliki iPad2 pula, bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda suka mengangkap gambar dan mahukan skrin yang jauh lebih cantik, maka sesuailah untuk anda :)

Harga “The New iPad” apabila dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Model Wifi : Rm1499 (16GB) Rm1799 (32GB) Rm2099 (64GB)
Model Wifi+4G and 3G : Rm1899 (16GB) Rm2199 (32GB) Rm2499 (64GB)

0 comments:

Post a Comment