CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 18 May 2012

Duit Isteri BUKAN Milik Suami

Petikan dr Majalah Mingguan Wanita

Perkahwinannya hampir 20 bulan yg d bina atas kasih sayang kini hambar gara2 sikap suami yg marah2 dan mencaci maki dirinya termasuk ibunya (mentua suami)
Ia krn si isteri enggan menunaikan kehendaknya menyerahkan wang lebih byk berbanding sebelumnya iaitu RM5,000 sebulan. Isteri yg tidak diberikan sebarang wang utk pembiayaan keperluan berasa tidak sedap hati bila suami meminta wang lebih apatah lg enggan mjawap kemana wang tersebut.

Tindakan isteri tidak menunaikan kehendak suami menyebabkn suami marah sungguh. Kata suami, duit yg diperolehi oleh isteri adalah miliknya kerana dia membenarkan si isteri bekerja. Isteri juga tidak boleh berbelanja sewenangnya termasuk berikan kpd ibubapa tanpa izin suami.

PERSOALANnya... BENARKAH hasil perolehan si isteri drp titik peluhnya bekerja adalah hak milik si SUAMI kerana suami membenarkannya bekerja? Terus terang, sy TAK PERNAH JUMPA ayat @ HADIS ataupun pendapat ulama muktabar yg menyatakan sedemikian
Tapi sy akui, sy pernah dgr perkara tersebut disampaikn kpd sy oleh ramai wanita yg mendengarnya drp para suami kononnya didengar dr ustaz. Tak tahulah ustaz mana yg berpandangan sedemikian dan jika benarlah fakta tersebut disampaikan oleh para ustaz, sy mohon anda yg mendengarnya minta si ustaz berikan hujah ayat atau hadis bg menyokong perkara tersebut dan tolong panjangkan kepada saya.

Secara LOGIKnya, mana mungkin Islam yg terkenal sbg agama mudah, membela kebajikan umatnya termasuk mengambil berat isu kebajikan kaum wanitanya menyarankan sedemikian?
Ya lah! Isteri penat bekerja, hasilnya menjadi hakmilik suami, WAJARKAH? Jika benar, itu termasuk penindasan dan penganiayaa. Islam membantah penindasan dan penganiayaan. Pastinya TIDAK RELEVAN dgn saranan sedemikian.

Mudahnya, pendapat yg mengatakan hasil pendapatan isteri yg bekerja dgn izin suami adalah hak milik suami adalah PENIPUAN DAN PALSU semata. Realitinya, Islam memandang tinggi pengorbanan kaum wanita yg keluar bekerja bagi membantu suami membiayai keperluan kewangan keluarga. Ingat ya! MEMBANTU SUAMI!!! Bukan mengambil alih tanggungjawap suami.
Isteri hanya membantu menambah bhgn yg tidak cukup setelah si suami berusaha dgn bersungguh2 atau mudah cakap, berusaha pada tahap maksima.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud "Tidaklah para hamba berada d waktu pagi melainkan ada dua malaikat yg turun. Salah satunya berdoa Ya Allah berikanlah kpd org  yg menafkahkan hartanya balasan yg lebih baik. Sedangkan malaikat yg lain berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kpd org yg menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya)" - hadis riwayat al-bukhari.

Malahan sekiranya suami seorang yg MAMPU ttp masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri, dan suami, sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bg membantunya menanggung perbelanjaan rumahtangga ,  adalah dikira sebagai BERHUTANG dgn si isteri.

Isteri yg bekerja juga mempunyai hak utk menggunakan segala hasil pendapatannya TANPA IZIN SUAMI dgn syarat tidak melanggar syarak. Isteri berhak memberikan sejumlah wang kpd IBU BAPA tanpa diMAKLUMKAN kepada si suami.

BERBEZA DGN SUAMI, dia PERLU memberitahu si isteri (bukan minta izin) uk memberikan sejumlah wang kpd kedua ibubapanya. KENAPA? Kerana tanggungjwp si suami YG LEBIH UTAMA ialah ISTERI DAN ANAK2nya kemudian barulah IBUBAPANYA....


Namun nasihat saya, biar perbelanjaan tenat dan padat, usahakan juga utk memberikan sedikit buat ibu bapa masing2, suami DAN isteri agar rezeki lebih BERKAT, mudah dan murah, Insya Allah.
Jika isteri bekerja wajar menerima peruntukkan nafkah, apatah lagi bg isteri yg TIDAK BEKERJA. Malah jika isteri anda surirumah sepenuh masa pun, realitinya isteri anda wajar d bayar dgn jumlah tertentukrn melakukan kerja2 rumah spt memasak, mengemas, mendidik anak2 hatta Islam menetapkan bahawa isteri wajar di bayar bg setiap titisan susu yg masuk ke mulut anak anda. Sebegitu sekali tanggungjwp suami sbg penyumbang nafkah keluarga. BERAPA RAMAI YG BENAR2 MEMPRAKTIKKAN NYA????

Sedikit ilmu dr Puan Suzana Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie

0 comments:

Post a Comment