CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 17 September 2012

Wanita cantik selalu curang????

Dalam kajian yang dijalankan dinegara barat ianya memang terjadi...

Insya-ALLAH sekiranya suami menjadi "PEMIMPIN" dan "PENOLONG" yang baik untuk isteri dan anak-anaknya dan Isteri pula menjadi "PENOLONG" yang baik untuk suami dan anak-anaknya perkara ini "TAK MUNGKIN" jadi didalam keluarga Islam.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas perempuan dan kerana lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah m

ereka di tempat tidur dan (jika mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” – Surah An-Nisa’, ayat 34

Lelaki dan wanita yang dicipta oleh ALLAH SWT mempunyai fungsi kehidupan yang saling melengkapi dan saling memerlukan untuk memenuhi fitrah keinsanan.

Hayatilah firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” - Surah At-Taubah, ayat 71

“Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu, dan menciptakan
pasangannya darinya, supaya kamu tinggal bersamanya” - Surah al-A’raaf , ayat 189

Islam telah meletakkan objektif yang jelas bagi setiap keluarga iaitu pembentukan keluarga yang ada mawaddah wa rahmah yang menimbulkan ketenangan dalam kehidupan dan jauh dari kebimbangan, keresahan dan sebagainya yang merosakkan hati dan pemikiran. Dengan berada di bawah payung ketakwaan kepada ALLAH SWT dan suami dan juga isteri kena berusahalah untuk menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada anda.

P/S : Suami yang dapat isteri yang rupa paras cantik...hehehe...tu dah rezeki dia...kena bersyukurlah kan....tapi suami kenalah berikan didikan agama...jagalah aurat isteri anda dimana juga...insya-ALLAH rahmat ALLAH akan sentiasa bersama keluarga.

0 comments:

Post a Comment