CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 6 December 2011

PERKAHWINAN DATANG DENGAN MARUAH .


Sebagai isteri sebagai suami , jaga maruah di mana2 sahaja samada di depan mahupun di belakang pasangan..

Berhati-hati dengan setiap perbuatan , kerna maruah bisa tergadai andai salah penilaian dan langkah..

Dugaan dan godaan di luar sentiasa membuka pintu2 kemungkaran , sentiasa menawarkan dosa , jalan dan peneman2 ke Neraka ALLAH..

Percayalah , maruah yang telah tergadai akibat dosa2 , tidak bisa dipulangkan tetapi perjalanannya menyakitkan sesiapa sahaja..

Perkahwinan itu membina BENTENG dan PAGAR buat sesiapa di dalamnya agar sentiasa terngadah sebelum terantuk..

Ia bukan kewajipan seorang tapi ia kewajipan BERSAMA ..kerna kita sama2 manusia yang punya hati dan perasaan..

Belajarlah untuk PEKA DAN SENSITIF kepada perkara2 yang menjadi AKAR kepada permasalahan yang berisiko berlaku dalam perkahwinan ..

Semoga KEBIJAKSANAAN itu dapat melindungi dan mencatatkan nota yang terindah dalam perkahwinan berbanding orang lain..

Islam adalah cara terbaik pembimbing ke jalan yang SEMPURNA DAN INDAH , andai sahaja kamu tahu dan memegang erat sebagai NADI HIDUPmu .

Jadilah terbaik di antara terbaik kerna NABI MUHAMMAD adalah TERBAIK dan BAGINDA menghendaki umat2nya jua menjadi TERBAIK . ALways bear in yur mind to be the BEST..Insya ALLAH..amin

0 comments:

Post a Comment