CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 3 June 2012

Kreatiflah Untuk Raih Bahagia...

Setiap pasangan pasti mahukan sebuah rumahtangga yang bahagia. Jika boleh berkekalan sampai ke syurga. Bagaimanapun, impian itu bukanlah semudah yg disangka. Menjadi lumrah, perjalanan hidup di dunia sudah ditentukan onak ranjaunya. Jadi, bagi mencapai matlamat tersebut, kedua2nya perlulah tingkatkan usaha dan menjadi lebih kreatif dlm segala hal. Antara beberapa tip yg boleh diikuti:

* digalakkan supaya melakukan kerja bersama-sama terutamanya aktiviti di rumah spt memasak, mengemas ataupun beriadah. Pasti seronok.

* tidak ramai yg tahu, tidur di lengan suami mampu mewujudkan satu perasaan yang cukup bahagia. Suami akan merasa diri sgt diperlukan, sementara isteri merasa diri sentiasa dilindungi.

* sekali sekala, tukarlah gaya penampilan anda. Biarpun di rumah, tetapi bergayalah sedikit utk menarik perhatian suami.

* sekiranya berlaku perselisihan faham atau perbalahan, cuba ingatkan kembali saat2 manis anda berdua. Fikirkan bagaimana pasangan melayan dan mencintai anda sepenuhnya. Hilangkan perasaan negatif sperti dendam dan sebagainya

* cuba fahami dan hayati sifat pasangan dan anak2. Biaasnya suami diibaratkan spt matahari yg sinarannya sentiasa di perlukan untuk terus hidup. Isteri pula umpama bulan yang cantik, lembut dan sedap dipandang, manakala anak2 pula umpama bintang2 yg bertaburan di langit. Kerlipan cahayanya mengubat jiwa dan memberikan kebahgiaan dlm rumahtangga.

Disamping itu, sama2 lah kita berdoa semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga, semoga dijauhkan malapetaka dan semoga dugaan yg dihadapi dpt di atasi dgn penuh berhemah....
Insya Allah....

0 comments:

Post a Comment