CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Friday, 17 February 2012

Cantik Di Hati

* Ambillah waktu utk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
* Ambillah waktu utk bermain, itu adalah rahsia dr masa muda yg abadi
* Ambillah waktu utk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
* Ambillah waktu utk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yg di berikan Allah
* Ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan
* Ambillah waktu utk tertawa, itu adalah muzik yg menggetarkan hati
* Ambillah waktu utk memberi, itu dpt membuat hidup terasa bererti
* Ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
* Ambillah waktu utk beramal, itu adalah kunci menuju syurga

Tuesday, 6 December 2011

PERKAHWINAN DATANG DENGAN MARUAH .


Sebagai isteri sebagai suami , jaga maruah di mana2 sahaja samada di depan mahupun di belakang pasangan..

Berhati-hati dengan setiap perbuatan , kerna maruah bisa tergadai andai salah penilaian dan langkah..

Dugaan dan godaan di luar sentiasa membuka pintu2 kemungkaran , sentiasa menawarkan dosa , jalan dan peneman2 ke Neraka ALLAH..

Percayalah , maruah yang telah tergadai akibat dosa2 , tidak bisa dipulangkan tetapi perjalanannya menyakitkan sesiapa sahaja..

Perkahwinan itu membina BENTENG dan PAGAR buat sesiapa di dalamnya agar sentiasa terngadah sebelum terantuk..

Ia bukan kewajipan seorang tapi ia kewajipan BERSAMA ..kerna kita sama2 manusia yang punya hati dan perasaan..

Belajarlah untuk PEKA DAN SENSITIF kepada perkara2 yang menjadi AKAR kepada permasalahan yang berisiko berlaku dalam perkahwinan ..

Semoga KEBIJAKSANAAN itu dapat melindungi dan mencatatkan nota yang terindah dalam perkahwinan berbanding orang lain..

Islam adalah cara terbaik pembimbing ke jalan yang SEMPURNA DAN INDAH , andai sahaja kamu tahu dan memegang erat sebagai NADI HIDUPmu .

Jadilah terbaik di antara terbaik kerna NABI MUHAMMAD adalah TERBAIK dan BAGINDA menghendaki umat2nya jua menjadi TERBAIK . ALways bear in yur mind to be the BEST..Insya ALLAH..amin

Friday, 28 October 2011

Kunci Rezeki...

Membaca SURAH AL -WAQIAH


- Sabda Rasulullah SAW:
maksud nya: Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran. 
(Riwayat drp Ibnu Mas'ud: Al-Azkar, Al-Jami Al-Soghir)


- Sabda Rasulullah SAW
maksudnya: Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membaca nya dan ajarkan lah ia kepada anak2 kamu 
(Riwayat Ibn Mardawaih drp Anas: Kasyf al-Khafa')

Saturday, 22 October 2011

Lima perkara semua kita mahukannya

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1:  Wajah yang cantik
2:  Duit yang banyak
3:  Kesihatan yang baik
4:  Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:  Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. 

(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

Monday, 3 October 2011

Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-



Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.

Salam Ukhuwah..~
~Zyra~