CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 10 March 2021

 Helloooo....

i am back!

see u later gaissss

Friday, 21 September 2018

Nak join membership secara online?

salam....
hye mommies....
korg nak join the team secara online?
boleh aja uolsssss...
sekarang kan semua nya pun di hujung jari ajek..
.
ok nanti tekan kat link ni ya...

https://bit.ly/2nznKOJ

atau kat sini....

http://tiny.cc/grtwyy

pastu key in semua detail korg dlm form ni.

senang kan? hehehhee

Nak survey kat instagram?
boleh boleh...
search je #ylzyra
nanti korg jumpa la my IG

ok... jumpa lagi ya...
byeeeeee 

Friday, 16 March 2018

Mahal sangat ke Essential Oil ni?

Mahal sgt ke? dah kira?
Harga EO yang ada dalam set PSK (Harga ini sekiranya di beli berasingan)
1. Peppermint RM104.00 / RM136.84
2. DiGize RM157 / RM206.57
3. Frankincense RM346 / RM455
4. PanAway RM374 / RM492
5. Copaiba RM206 / RM271
6. Purification RM90 / RM118
7. Stress Away RM142 / RM 148
8. Lemon RM54 / RM71.05 (1 botol lagi dlm set Diffuser)
9. Lavender RM113 / RM148 (1 botol lagi dlm set Diffuser)
10. Thieves RM163 / RM214.71
11. R.C RM109 / RM143

Merujuk kepada senarai di atas.
1.Jumlah essential oil atau minyak pati yang akan dapat adalah 13 botol semua  dimana 10 botol dari koleksi everyday oil + 2 botol dalam kotak diffuser + 1 botol dalam basic kit.
2. Jumlah harga member bagi semua produk yang ada di dalam Young Living Premium Starter Kit adalah RM 1157.00 manakala harga runcit adalah RM1455.42 TETAPI dengan hanya membayar RM756 saya dapat bawak pulang ke rumah semua yang ada di dalam jadual di atas. Bukan kah itu kita panggil PENJIMATAN HEBAT.
3. 13 essential oils (EO) di dalam premium starter kit (PSK) ini merupakan eo paling asas untuk kesihatan kita. Dengan erti kata lain, eo ini membantu menguatkan  diri kita dari mudah sakit. Ayat lain adalah WELLNESS  🙂
4. Dengan membeli set PSK, saya terus auto menjadi ahli Young Living Malaysia sebab salah satu cara untuk menjadi ahli young living adalah dengan membeli salah satu dari starter kit yang ada. Jadi saya tidak perlu menambah apa lagi untuk yuran keahlian. Kan best camtu…KEAHLIAN PERCUMA
5. Dengan adanya PSK saya boleh buat bermacam DO IT YOURSELF (DIY) yang untuk kegunaan harian saya dan keluarga seperti contoh blend, balm, spray, scrub, lip balm dan macam2. 
hah dah banyak jugak ini kan Kenapa Saya Memilih Young Living Premium Starter Kit Malaysia untuk rujukan semua…
Insya allah saya akan berkongsi dengan lebih banyak lagi lepas ini. Jika ada nak tanya apa2. boleh je hubungi saya bila2 masa dengan whatsapp di 0162030535

Premium Starter Kit dari Young Living

Korang....  jom daftar dengan produk dan pengalaman perniagaan Young Living yang hebat... Nilai luar biasa yang menawarkan pengalaman komprehensif kepada kehebatan minyak pati. PSK adalah pilihan sempurna bagi mereka yang serius mahu mengubah kehidupan tanpa bahan kimia yang merbahaya.
Kit Termasuk :
PSK berharga RM756.00 SAHAJA! 
Wow... dapat 13 jenis minyak pati
Sangat2 berbaloi

  • (1) DewDrop Diffuser
  • (1) Koleksi Minyak Premium Essential  (10 individual - 5ml essential oil singles & blends)
  • (1) Stress Away 5ml
  • (1) AromaGlide Roller Fitment
  • (10) Sample Packets (Peppermint, Lavender, Lemon, Thieves, Peace & Calming
  • (1) Display Tray - Fits 10 5ml essential oils
  • (10) 1ml Sample bottles
  • (2) NingXia Red sachets
  • (1) Product Guide
  • (10) Business Cards
  • (1) Marketing Literature - Sumber untuk perkongsian!
  • (1) Flash Drive with forms and Marketing Literature in English, Simplified Chinese & Malay

Lepas korang dah daftar... korang akan di guide dalam support group kami untuk mendapatkan info2 lanjut, kaedah2 DIY, seminar2 Young Living akan datang dan kelas2 Team Oilylicious yang ohsemmmmm...

Kenapa tunggu lagi....
Jom jom jom click di sini

http://suzyra.wasap.my
http://suzyra.wasap.my
http://suzyra.wasap.my

Atau join Telegram Chanel kami untuk berkenalan dengan Minyak2 pati yang best ni..

t.me/younglivingEOyanazyra
t.me/younglivingEOyanazyra

Thursday, 15 March 2018

Team Oilylicious

Salam...
hye korg... harini nak cerita pasal team Oilylicious lah.

Kaklong dah kenal minyak pati ni dah lama... hampir 2 tahun pun, tapi tak seryes sangat nak ambik tahu, tahu beli dan pakai aje. hehehehhhee.... (rugi kan)

Masa tu beli Stress Away. Maklum laaaaaa. Asik stress je! kejap2 kang sakit... kejap2 kang cek in sepital, eiiiii letih la mcm ni. So paham2 la kalau dalaman badan yang stress.... ko rase ko bleh pujuk2 badan?
haiiiii la badan... jangan la kamu stress.... letih mak ni nak oiiiii..... :)

Maka selepas terasa berkesan sangat dengan Minyak Stress Away ni.... kaklong decide nk share la kebaikkan minyak2 ni ngan korg semua... Join la team Oilylicious ni
Team ni OHSEMMMMMM..... Gempakkkkk x hengat! Xder yang sombong, so seronok pulak bila join diaorang punya program. 

Pernah panggil Teacher Wati buat sharing kat umah... memang bersemangat sangat dengar dia bagi talk.
Pastu join Rally bln Januari 2018 kat FRIM. Terus toooiiinngggg..... eh eh. Best la Young Living ni weh...
Bln Februari 2018 join APAC pulak kat KLCC Convensyen Centre. Fuyyoohhhhhh..... best gila wey.... rase mcm aura2 positif tu berada dekat dengan kita.... Tengok leader2 dr Executive level, Silver lever, Gold level smpai la Diamond Level rase macam..... arrgghhhhhhh..... best nyaaaaaaaaa

hmmmm.... akan datang ni akan ada event kt KL pulak.... mesti lagi gempak tak hengat punya...
Come n join us!!! You will LOVE at first drop
Akan terasa kelainan nya....

Peppermint dari Young Living

Peppermint adalah salah satu herba yang tertua dan paling dipandang tinggi. 

Peppermint mempunyai aroma bertenaga, jelas, dan seperti pudina menyediakan sensasi yang menyejukkan.

Peppermint bermanafaat untuk menyegarkan pernafsan, sekaligus baik untuk memberikan rasa yang lega semasa pernafasan terganggu. Peppermint amat bagus digunakan bagi otot yang sakit dan tegang agar rileks dalam melakukan aktiviti seharian.

Selain itu, Peppermint juga merupakan Anti-inflammatory, antitumoral, antiparasitic (kecacingan), antibacterial, antiviral, antifungal dan baaaanyak lagi.
Membantu mengurangkan 'sugar craving' dan melegakan candida/fungal infections dan masalah penghadaman.

Peppermint juga mengurangkan sakit kepala/migrain dan nausea. Bau peppermint yang soothing membantu minda lebih relax, tenang, fokus dan mengurangkan morning sickness bagi ibu hamil.

Best kan Peppermint ni.... korang memang patut cuba...

Click je link ni
http://suzyra.wasap.my

Nanti kaklong reply satu2 okey.....




Apakah sebenarnya Essential Oil ni?

Apakah sebenarnya Essential Oil ni? 
Essential Oil adalah Pati Tumbuhan.

Essential dari perkataan essence adalah pati iaitu suatu zat yang pekat tapi mempunyai manfaat yang banyak dan penting untuk kehidupan seharian.

Oil pula adalah merujuk pada sifat yang kelihatan berminyak tapi sangat meruap. Ia diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti batang pokok, daun, bunga dan lain-lain.
Dan mudahnya Essential Oil ni, kita tak perlu makan, telan mahupun meminumnya untuk mendapat manfaat optimum. Dan saya pula jenis yang suka bauan dan urutan luaran sahaja. Jadi saya fikir ia sangat praktikal untuk digunakan. Hanya perlu sapu dan bau da memberi perbezaan.
Selalu jugak orang tanya, essential oils ni sama ke dengan minyak aromaterapi? Aromaterapi selalu digunakan di spa-spa kan? Yang guna lilin lepas tu bila dibakar, keluar bauan wangi-wangi. Sebenarnya ia benda yang sama cuma aromaterapi ni lebih kepada terapi bauan sahaja. Untuk bau harum, rasa tenang, rasa aman bila kita dikelilingi dengannya.
Tapi pernah tak rasa, bila bau je wangian aromaterapi, tetiba rasa pening, sakit kelapa, mual? Tak selesa kan? Itu tandanya wangian tersebut mengandungi bahan sintetik dalamnya. Majoriti wangian di pasaran adalah wangian sintetik. Ini sedia maklum sanagat berbahaya untuk tubuh kita dalam jangka masa panjang.
Berbezanya Essential Oil Young Living ni, ia adalah dari jenis minyak terapeutik grad tinggi. Bermaksud ia boleh menyerap ke dalam kulit tubuh dan dan bermanfaat untuk kesihatan fizikal, kesihatan emosi, kebersihan dan sekaligus kecantikan diri seseorang. Malah ia selamat dan bebas dari bahan kimia.

Ni set Premium Starter Kits
Lengkap untuk manafaat satu rumah :)





SEED TO SEAL

Seed to Seal

Apabila bercakap tentang minyak pati kami, Young Living menetapkan standard untuk ketulenan dan keaslian. Kami memantau dengan berhati-hati pengeluaran minyak kami daripada mula hingga akhir melalui proses unik Seed to Seal® kami, memastikan ketulenan setiap minyak pati dan melindungi tenaga hidup semula jadi dalam setiap botol.
Selama lebih daripada dua dekad, kami menyelia dengan tekun setiap langkah proses ini, di kesemua ladang kami, tidak kira di ladang global kami dan juga di ladang rakan niaga kami yang dipilih secara teliti. Komitmen kepada kualiti yang tiada bandingan ini bermakna anda boleh yakin yang minyak pati dan produk seduhan minyak Young Living yang anda gunakan di rumah anda selamat dan berkesan.

Benih

Minyak pati yang berkuasa dan berkesan datang daripada benih dan tumbuhan yang disahkan potensi minyak pati oleh pakar Young Living, usaha sama dengan pakar universiti.

Tanam

Ladang Young Living, terletak di seluruh dunia, didedikasikan untuk mencapai kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik. Pakar kami juga ke seluruh dunia mengunjungi ladang koperasi kami bagi memastikan yang proses penumbesaran dan penanaman mereka sepadan dengan standard tinggi kami. Operasi ini menyediakan sumber berterusan bagi minyak pati yang memenuhi standard kualiti Young Living yang ketat.

Suling

Menggabungkan teknik purba dan moden, Young Living dikenali sebagai pencetus inovasi dalam penyulingan minyak pati. Kami menggunakan teknik proprietari yang lembut bagi mengekstrak secara wap minyak pati yang paling berkesan, serta menggunakan penekanan sejuk dan kaedah penorehan resin bagi minyak tertentu.

Ujian

Young Living tidak pernah menerima minyak yang dicairkan atau dicampur palsu. Bagi menjamin kualiti yang konsisten, minyak kami diuji di makmal dalaman Young Living sendiri, juga di fasiliti pihak ketiga, bagi memastikan yang ia memenuhi spesifikasi yang ketat, melangkaui standard antarabangsa, dan mengandungi tahap sebatian bioaktif semula jadi yang optimum.

Meterai

Young Living melengkapkan proses Seed to Seal dalam kilangnya seluas 107,000 kaki persegi di Spanish Fork, Utah. Menggunakan peralatan tercanggih, setiap minyak pati dibotolkan dengan berhati-hati ke dalam botol kaca ambar berperlindungan—sedia untuk dihantar kepada ahli di seluruh dunia.

Apa itu Minyak Pati?

Pernahkah anda menggunakan minyak pati dalam rawatan spa atau produk mandian dan penjagaan badan? 
Kegunaan ini hanyalah sebahagian daripada kisah minyak pati yang luar biasa. Minyak pati telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk sifat kosmetiknya yang mengagumkan. Young Living sentiasa berada di hadapan bagi membawa tradisi lama ini kepada pengguna moden, memperkenalkannya kepada berjuta-juta orang yang mungkin tidak pernah mengimpikannya. 
Diekstrak secara utama melalui penyulingan wap dengan berhati-hati, tetapi juga melalui penekanan sejuk, minyak pati paling tulen adalah jauh lebih berkuasa dan berkesan berbanding herba kering, memberikan hasil yang pantas dan berkesan. Bila-bila masa anda memegang sebotol minyak pati kami yang berkuasa, anda sedang memegang esen botani tulen yang boleh diseduh, dihidu, disapukan terus pada kulit, dan digunakan semasa mengurut:

Tingkatkan kesejahteraan fizikal anda


Gaya hidup moden tidak sentiasa mencipta keadaan yang optimum untuk kesejahteraan fizikal. Pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, dan toksin persekitaran yang berlebihan boleh menyebabkan badan menjadi tidak seimbang dan mengurangkan tahap tenaga. Daripada pembersihan dan pengurusan berat sehingga menyokong setiap sistem badan, makanan tambahan yang diseduh minyak pati boleh memberikan penyelesaian sasaran yang anda perlukan untuk mengembalikan keseimbangan dan merasa lebih baik.

Tuesday, 2 April 2013

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut. ♥




Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut. ♥ 
sekadar renungan kita bersama okay :))
Begini ceritanya ..
tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

• Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

• Tanda 7 hari.

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

• Tanda 3 hari.

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

• Tanda 1 hari.

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

• Tanda akhir.

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahua’lam..

Rujukan : http://sinarworld.blogspot.com
*Artikel Sumbangan Wanwani

Wednesday, 27 March 2013

KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU



KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


















KAEDAH WARDINA SAFIYYAH DIDIK ANAK SOLAT 5 WAKTU

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Friday, 2 November 2012

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?





Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sunday, 21 October 2012

Pesanan Ustaz Azhar Idrus kpd Lelaki


Pesanan Ustaz Azhar Idrus Kepada Lelaki :
  1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  2.  Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
  6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Kelebihan Ayat Kursi


Kelebihan Ayat Kursi


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Credit to one-ummah.net
Anda mungkin juga meminati:

Wednesday, 17 October 2012

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul



Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.Sharing is Caring :)
Jom Klik LIKE...Sharing Is Caring... :D