CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 March 2018

Apa itu Minyak Pati?

Pernahkah anda menggunakan minyak pati dalam rawatan spa atau produk mandian dan penjagaan badan? 
Kegunaan ini hanyalah sebahagian daripada kisah minyak pati yang luar biasa. Minyak pati telah digunakan selama beribu-ribu tahun untuk sifat kosmetiknya yang mengagumkan. Young Living sentiasa berada di hadapan bagi membawa tradisi lama ini kepada pengguna moden, memperkenalkannya kepada berjuta-juta orang yang mungkin tidak pernah mengimpikannya. 
Diekstrak secara utama melalui penyulingan wap dengan berhati-hati, tetapi juga melalui penekanan sejuk, minyak pati paling tulen adalah jauh lebih berkuasa dan berkesan berbanding herba kering, memberikan hasil yang pantas dan berkesan. Bila-bila masa anda memegang sebotol minyak pati kami yang berkuasa, anda sedang memegang esen botani tulen yang boleh diseduh, dihidu, disapukan terus pada kulit, dan digunakan semasa mengurut:

Tingkatkan kesejahteraan fizikal anda


Gaya hidup moden tidak sentiasa mencipta keadaan yang optimum untuk kesejahteraan fizikal. Pemakanan yang tidak sihat, kurang bersenam, dan toksin persekitaran yang berlebihan boleh menyebabkan badan menjadi tidak seimbang dan mengurangkan tahap tenaga. Daripada pembersihan dan pengurusan berat sehingga menyokong setiap sistem badan, makanan tambahan yang diseduh minyak pati boleh memberikan penyelesaian sasaran yang anda perlukan untuk mengembalikan keseimbangan dan merasa lebih baik.

0 comments:

Post a Comment