CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 March 2018

SEED TO SEAL

Seed to Seal

Apabila bercakap tentang minyak pati kami, Young Living menetapkan standard untuk ketulenan dan keaslian. Kami memantau dengan berhati-hati pengeluaran minyak kami daripada mula hingga akhir melalui proses unik Seed to Seal® kami, memastikan ketulenan setiap minyak pati dan melindungi tenaga hidup semula jadi dalam setiap botol.
Selama lebih daripada dua dekad, kami menyelia dengan tekun setiap langkah proses ini, di kesemua ladang kami, tidak kira di ladang global kami dan juga di ladang rakan niaga kami yang dipilih secara teliti. Komitmen kepada kualiti yang tiada bandingan ini bermakna anda boleh yakin yang minyak pati dan produk seduhan minyak Young Living yang anda gunakan di rumah anda selamat dan berkesan.

Benih

Minyak pati yang berkuasa dan berkesan datang daripada benih dan tumbuhan yang disahkan potensi minyak pati oleh pakar Young Living, usaha sama dengan pakar universiti.

Tanam

Ladang Young Living, terletak di seluruh dunia, didedikasikan untuk mencapai kaedah penanaman dan penuaian yang terbaik. Pakar kami juga ke seluruh dunia mengunjungi ladang koperasi kami bagi memastikan yang proses penumbesaran dan penanaman mereka sepadan dengan standard tinggi kami. Operasi ini menyediakan sumber berterusan bagi minyak pati yang memenuhi standard kualiti Young Living yang ketat.

Suling

Menggabungkan teknik purba dan moden, Young Living dikenali sebagai pencetus inovasi dalam penyulingan minyak pati. Kami menggunakan teknik proprietari yang lembut bagi mengekstrak secara wap minyak pati yang paling berkesan, serta menggunakan penekanan sejuk dan kaedah penorehan resin bagi minyak tertentu.

Ujian

Young Living tidak pernah menerima minyak yang dicairkan atau dicampur palsu. Bagi menjamin kualiti yang konsisten, minyak kami diuji di makmal dalaman Young Living sendiri, juga di fasiliti pihak ketiga, bagi memastikan yang ia memenuhi spesifikasi yang ketat, melangkaui standard antarabangsa, dan mengandungi tahap sebatian bioaktif semula jadi yang optimum.

Meterai

Young Living melengkapkan proses Seed to Seal dalam kilangnya seluas 107,000 kaki persegi di Spanish Fork, Utah. Menggunakan peralatan tercanggih, setiap minyak pati dibotolkan dengan berhati-hati ke dalam botol kaca ambar berperlindungan—sedia untuk dihantar kepada ahli di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment