CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 15 March 2018

Apakah sebenarnya Essential Oil ni?

Apakah sebenarnya Essential Oil ni? 
Essential Oil adalah Pati Tumbuhan.

Essential dari perkataan essence adalah pati iaitu suatu zat yang pekat tapi mempunyai manfaat yang banyak dan penting untuk kehidupan seharian.

Oil pula adalah merujuk pada sifat yang kelihatan berminyak tapi sangat meruap. Ia diekstrak dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti batang pokok, daun, bunga dan lain-lain.
Dan mudahnya Essential Oil ni, kita tak perlu makan, telan mahupun meminumnya untuk mendapat manfaat optimum. Dan saya pula jenis yang suka bauan dan urutan luaran sahaja. Jadi saya fikir ia sangat praktikal untuk digunakan. Hanya perlu sapu dan bau da memberi perbezaan.
Selalu jugak orang tanya, essential oils ni sama ke dengan minyak aromaterapi? Aromaterapi selalu digunakan di spa-spa kan? Yang guna lilin lepas tu bila dibakar, keluar bauan wangi-wangi. Sebenarnya ia benda yang sama cuma aromaterapi ni lebih kepada terapi bauan sahaja. Untuk bau harum, rasa tenang, rasa aman bila kita dikelilingi dengannya.
Tapi pernah tak rasa, bila bau je wangian aromaterapi, tetiba rasa pening, sakit kelapa, mual? Tak selesa kan? Itu tandanya wangian tersebut mengandungi bahan sintetik dalamnya. Majoriti wangian di pasaran adalah wangian sintetik. Ini sedia maklum sanagat berbahaya untuk tubuh kita dalam jangka masa panjang.
Berbezanya Essential Oil Young Living ni, ia adalah dari jenis minyak terapeutik grad tinggi. Bermaksud ia boleh menyerap ke dalam kulit tubuh dan dan bermanfaat untuk kesihatan fizikal, kesihatan emosi, kebersihan dan sekaligus kecantikan diri seseorang. Malah ia selamat dan bebas dari bahan kimia.

Ni set Premium Starter Kits
Lengkap untuk manafaat satu rumah :)





0 comments:

Post a Comment